Sahabat
itu merupakan cermin bagi diri kita kan? bila kita lakukan kebaikan,
ada sahabat yang menghargai lantas memuji. Ada juga sahabat yang mengeji
dan mencaci dek kerana hasad dengki.
Bagiku, antara ciri sahabat yang baik ialah :
1. Tutur Kata Sopan
2. Akhlak menjadi ikutan
3. Setiap kata-katanya berhikmah
4. Jujur dalam persahabatan
5. Menghargai sahabat
6. Budi Pekerti Mulia
7. Bersifat terbuka dan menerima pendapat orang lain
8. Pandai mengambil hati
9. Memberi sepenuh kepercayaan terhadap orang lain
Memang
kutahu, aku ini bukanlah seorang sahabat yang sempurna. Walaupun
begitu, aku mencuba sedaya upaya menjadi sahabat yang terbaik. Aku
berharap agar aku dapat menjadi seorang Sahabat yang dengan persahabatan
itu akan mendapat KEREDHAAN Allah swt.
Terdapat
beberapa orang sahabat yang kukenali yang banyak memberi kata-kata yang
berhikmah di saat aku perlukan semangat untuk terus melangkah. Mungkin
boleh kukongsikan :
Mesej Pertama ( 6 Ogos 2010 11:41:45 PM ):
Pertama..ingat
yang semua ni'mat yang Allah bagi kepada kita, Allah tidak meminta
sebarang balasan atau bayaran.. Kita kena ingat yang kita ini hanya
hamba sahaja.. Takde effect ape pun kalau kita tak beriman atau beriman
dengan Allah. Sebab Allah memiliki segala kesempurnaan. Jadi, Sebagai
Hamba, Kita kena la sedar diri sendiri dan berterima kasih kepada tuan
yang telah memberi kita pelbagai ni'mat. Kedua, Semua Ujian yang kita
dapat ada hikmahnya. Mungkin kita akan dapat kebaikan daripada ujian
itu. ALLAH lebih tahu apa yang kita tidak mengetahui. Ketiga, banyakkan
membaca Al-Quran dan tafsirnya (untuk melapangkan hati)
Mesej Kedua ( 7 Ogos 2010 01:52:50 AM ) :
Allah berfirman. Jika dihitung ni'mat Allah yang diberikan.Takkan mampu kam menghitungnya.
(Sahabat meminta aku merujuk beberapa firman Allah di dalam al-quran)
1. Al-Baqarah ayat 214
"Ataukah
kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal sebelum datang
keadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum
kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan
berbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya
berkata, "bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya
pertolongan Allah itu dekat.
2. Al-Baqarah ayat 216
"Diwajibkan
ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi
boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh
jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
3. Al-Baqarah ayat 286
"Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia
mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat
siksa dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan
kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan
kesalahan. Ya Tuhan Kami, janganlah engkau bebani kami dengan beban yang
berat sebagaimana Engkau bebankan kpd orang-orang sebelum kami. Ya
Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup
kami memikulnya. Maafkanlah kami. Engkau pelindung kami, maka tolonglah
kami menghadapi orang-orang kafir."
Mesej Ketiga ( 25 Ogos 2010 12:38:33 am ) :
Jagalah 7 SUNNAH RASULULLAH s.a.w.
1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2. Membaca al-quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya mata melihat Al-Quran sebelum melihat dunia.
3. Jangan tinggalkan masjid terutama waktu subuh.
4. Jaga Solat Dhuha (pintu rezeki)
5. Jaga sedekah setiap hari
6. Sentiasa jaga wuduk
7. Amalkan istighfar setiap saat
Mesej Keempat ( 7 Sept 2010 07:06:10 AM ) :
"Menjadi
sebaik-baik hamba dan khalifah, bukan semudah memetik 2 jari.. Itupun
belum pasti bisa berbunyi. Hakikat insan memang penuh kekurangan, Namun
tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik
hamba Tuhan, Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan.. Kita kan
khalifah, Mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah.. Sedang
kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah.. Lalu, haruskah
mengalah pada takdir yang sering mengahadiahi kita dengan kesukaran yang
membuatkan kita tertunduk menangis hiba..? Belajarlah untuk tabah duhai
hati seorang pejuang! Tangisan itu pasti tidak akan sia-sia andai
langkah mu terus teguh menuju jalanNya..."
Jadi..
apakah kita cermin yang elok atau tidak bagi sahabat kita? Jadilah
cermin yang memantulkan wajah yang mempunyai nur(cahaya) yang mana akan
menyinari kehidupan sahabat itu untuk menjadi sebaik-baik hamba Allah di
muka bumi ini. Salinglah tegur menegur dan membaiki apa yang kurang.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar